Bukan Bisikan - Bab 1 & 2

Nama Pena: Sharina Elisa


*Prolog*

Pahit menelan. Kenangan hitam. Memudar harapan.

Dahulu, dia bukan seperti ini. Hidupnya penuh pelangi. Bukan ralit di ulit derita. Bukannya berteman sebak di dada. Memori terlayang. Kenangan semalam. Pertama kali berkenalan. Jejaka idaman.

 

Naik bosan jadinya. Manakan tidak ? Jejaka dihadapannya itu sekadar membisu sejak tadi. Bukan seminit dua tapi sudah melebihi enam puluh minit.

Mia Adyla goyang-goyang kakinya.

Aduhai !! Apahal memboringkan sungguh mamat ni ?Sudahlah tunduk macam anak dara nak kena pinang je nih ? Erk, ye ke anak dara nak kena pinang tunduk cam tu ?

Garu kepala Mia Adyla jadinya.

“ Uit !”

Perlahan-lahan lelaki itu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Sopan-santun betul.

Aku, kalau makan macam ni, confirm !! Masuk je Gadis Melayu, semua peserta lain kalah !

Wekkk ! Perasan sendiri !

“ Awak .. oo awak ... awak tak sakit tekuk ke ? Dari tadi menunduk ?”

Sempoi sahaja soalannya.

Irfad Hakimi angkat muka. Pandang tepat ke wajah kosong Mia Adyla.

“ Saya tak berani nak pandang awak,”

Jawabnya lancar.

“ Adess ! Apasal ? Saya janji tak makan awaklah ! Saya dah kenyang ! Bukan setakat mi bandung je saya makan, sirap bandung pun saya minum tolak belum pernah sampai ke bandung lagi je,”

“ Saya takut nak pandang awak,”

“ Takut pulak dah !”

“ Saya takut nak pandang awak. Awak cantik sangat,”

Erk !!!

“ Irfaq ! Kalau saya ni cantik, dah lama saya join miss world tu ! Bukannya apa kan ? Kan saya masuk semua peserta lain kalah. Tak pe la, saya beri peluang kat ratu cantik yang lain dulu menang. Tahun depan, saya masuklah,”

“ Awak, saya nak kahwin dengan awak. Saya suka awak. Awak cantik. Suka buat lawak. Kita kahwin nak ?”

“ Erk, mamai erk ? Tetiba nak ajak saya kawin ? Tak takut saya ni orang jahat ke ? Tak takut ke nak habiskan duit untuk saya ? Minyak wangi ? Saya guna Pati minyak wangi tanpa alkohol All Star Perfumes or ASP. Ekstrak asli. Haruman kuat. Guna sikit je, sampai 72 jam tahan. Dompet ? Saya tak pakai yang murah-murah. Saya guna M. Vernis Viennois. Lagi ? ..,”

“ Cukuplah tu ! Tak baik menipu,”

“ Sapa kata baik menipu ?”

“ Dah awak menipu ?”

“ Saya tak tipu, saya bohong je,”

“ Wak, kawin ngan saya, ya,”

“ Pe kawin tu ? Awak nak kawin dengan siapa ni ?”

“ Dengan awak la,”

“ Awak ni, nak ajak saya kawin ni, awak kenal saya ke?”

“ Tak tapi lepas kawin nanti, kita kenal-kenal la,”

“ Sorry to say ! Saya tak berminat soal kawin-kawin ni. So, saya rasa dah tak ada apa-apa lagikan ? Saya dah kenyang nak balik. Nak tido. Esok nak pi kerja,” ujar Mia Adyla seraya bangun berdiri.

“ Awak, saya hantar,”

Jejaka itu menawarkan diri.

“ Tak pe la. Terima kasih. Kereta saya, saya dah isi minyak petrol. Tak guna diesel so, insyaallah selamat sampai ke rumah,”

“ Erk ! Hati-hati. .. er .. er .. saya nak nombor awak boleh ?”

“ Saya tak pernah beli nombor. Nombor ekor tu haram,”

“ Erk !! Bukanlah, er .. your phone number ?”

“ Oh !! Nak buat apa ?”

“ Supaya kita boleh berhubung lagi lepas ni,”

“ Oh, 01..,”

“ Sekejap. Saya nak ambil my handphone,”

“ 01234567891011213 .. awak kire sendiri la ! Tak larat nak sebut semua number nih. Dalam banyak-banyak number tu, awak pilih je number mane yang awak berkenan,” terus gadis itu berlalu keluar.

Aisey ! Camnerlah mum boleh suruh aku keluar dengan mamat tak cukup matang macam tu ? Jumpa sekali dah ajak kawin ? Gila ke mental ?

Senyum paksa Mia Adyla.

Begitu indah kenangan. Lelaki bergelar suami. Saat pertama kali bertemu, begitu naif mengenal hubungan. Begitu gugup berhadapan.

Aturan keluarga. Bibit-bibit cinta membawa ke gerbang perkahwinan. Siapalah manusia menentukan percaturan ? Babak filem berwayang ...

*Bab 1*

Bukan mudah untukku tafsir isi hatimu ..

Bukan mudah untukku fikirkan apa yang dirimu mahu ..

Jika degupan jantungmu bukan lagi milik aku ..

Kenapa harus kasih suciku diperlaku sebegitu ?

 

Aku keliru .. benar-benar keliru ..

Apa yang kau mahu dariku sebenarnya ?

 

Laju jemarinya menari di dada keyboard. Button create post ditekan.

Mia Adyla mengeluh lemah. Terus lappy kesayangannya dimatikan.

Bingung. Bingung apabila memikirkannya. Kenapalah hatinya begitu sukar melupakan lelaki yang hanya tahu permainkan hati wanita sepertinya ?

Mia Adyla tarik nafas. Dalam. Dia tekad. Kali ini dia mesti bertegas dengan hidupnya sendiri. Untuk apa diseksa lagi diri sendiri andai merana sahaja yang jadi upahnya ?

 

*Bab 2*

Pagi-pagi lagi, Aiman Haikal sudah posing dimeja kaunter. Menunggu si gadis idaman mengorak langkah ke dalam.

Masuk kali ini, sudah empat kali dia berulang-alik ke tandas. Semata-mata ingin memastikan penampilan tampil kacak dan kemas. Sesekali, mata Salina melirik kurang senang melihatnya sebegitu.

Ah ! Bukannya dia tak sedar ! Bukannya dia tak perasan tapi sengaja dibuatnya tak faham. Untuk apa dilayan kalau arah hatinya bukan untuk gadis itu tapi sudah lekat di empunya badan yang masih jua tak diketahui namanya.

Ya !! Hari ini, akan dipastikan pemilik senyuman manis yang menggoda itu diketahui nama.

Aiman Haikal tanam hasrat !

Salina berjalan melenggok pabila melintasi majikannya. Dengan eye liner hitam pekat macam mafia. Dengan lipstik merah menyala dah macam buah delima. Dengan pemerah pipi yang dah macam opera membuatkan naik meluat pula dilihat.

Bukankah seorang gadis itu kelihatan lebih menawan andai mempamerkan kecantikkan semulajadi ?

Tona wajah yang asli ?

Salina mengelap cermin-cermin kaca yang sudah mula tampak berhabuk.

Welcome !

Ujar suara operator yang telah disettingkan apabila pelanggan melangkah masuk ke dalam kedai.

Aiman Haikal memaling sekilas.

Gadis tu !!

Teruja amat !

Meleret senyuman Aiman Haikal tatkala itu. Setiap minggu pasti kedatangan gadis berjeans putih itu dinantikan. Dengan wajahnya yang ayu bertudung litup. Sungguh manis dipandang.

Gaya selamba gadis itu diperhatinya dengan penuh minat. Kali ini, gadis itu berkemeja merah jambu, bertudung putih dan berjeans putih.

Suka benar awak pakai jeans putih !

Ralit matanya mengekori gerak-geri si gadis yang masih leka memilih. Sesekali jari telunjuk si gadis menunjuk ke arah dagunya. Lagak memikirkan sesuatu.

Aiman senyum sendiri. Diperbetulkan baju kemejanya. Agar nampak lebih hensem dan kacak. Aiman senyum lagi.

Perlahan-lahan, dia menapak keluar dari meja kaunternya.

Kusyuk benar gadis itu memilih warna manik-manik yang dipamerkan. Langsung tidak dihiraukan karenah para pembeli yang lain.

“ Boleh saya bantu, cik ?” Aiman Haikal menyoal.

Penuh gentleman suara dilontar.

Mia Adyla terperanjat lantas senyuman terukir dibibrnya. Terus meningkatkan kadar denyutan jantung milik Aiman Haikal.

“ Saya terlupa warna manik yang customers saya pesan, sebenarnya,”

“ Oh, jadi cik ..,”

Sengaja memberhentikan kata-katanya. Berniat mahu mengetahui nama si empunya diri sebenarnya.

“ Mia .. panggil saya Mia sahaja,” ujar gadis itu seraya mengukir senyuman. Manis sekali.

“ Oh, Mia. Mia sahaja ? Nama panjang sikit ?”

Hehehe .. ulat bulu naik daunnn

“ Mia Adyla,”

Senyum lagi bibir itu. Cantik. Merah semulajadi tanpa sebarang olesan solekan.

Gadis seperti ini yang didambakan. Bukannya pelakon opera yang dinantikan.

“ Cantik nama tu. Secantik empunyanya,” ringan sekali mulutnya memuji.

Mia Adyla senyum malu. “ Jadi, Mia ni jual manik-manik ni semua dekat customers Mia pula ? Maknanya jual atas beli ?”

Mia Adyla angguk dan geleng.

Aiman jungkit kening. Tidak faham.

Mia Adyla senyum lagi. “ Saya hasilkan gelang dari manik. Sape yang nak manik ?” seloroh gadis itu.

Aiman teruja. Terkekeh dia ketawa. “ Wah, pandai awak ya !”

“ Tak adalah ! Sikit-sikit bolehlah,”

So, siapa customers awak ? Awak hantar kat mane ?”

“ Semua pelayar internet. Maksud saya, yang melawat blog saya,”

“ Oh, perniagaan internet ? Dasyat tu,”

“ Tak adalah. Tak ada dasyatnya pun,”

“ Bolehlah bagi saya alamat blog. Rajin-rajin, boleh saya jengah ke sana. Lagipun, saya ni suka buat misi mengembara ke blog-blog,” ujar Aiman Haikal terlebih ramah.

“ Oh, boleh je ! Miaadyla.blogspot.com erk salah ! Cute-cute.blogspot.com,”

Aiman Haikal tertawa kecil. “ Awak ni kelakar !”

Erk, kelakar ke ?

Mia Adyla garu tudung. “ Emm .. oklah, saya nak manik yang ni 100 biji, emm .. amiklah semua jenis, setiap satu nak 100 erk. Saya kena pergi pejabat pos pulak ni. Ada urusan. Boleh awak tolong bungkuskan sekarang ?”

Teringat kotak-kotak bungkusan di dalam perut keretanya, tiba-tiba.

“ Kalau macam tu, saya hantarkan jet kat rumah awak, memandangkan awak nak cepat,”

“ Hah ? Hantar jet kat rumah saya ? Saya nak manik. Jet tak mahu,”

Ujar Mia Adyla seraya ketawa kecil.

Aiman Haikal garu belakang leher.

Bukan saja cantik, erk ?

“ Tersasul la, awak. Saya tolong hantarkan kat rumah awak,”

“ Erk, tak perlulah sehingga susahkan awak !” lembut gadis itu menolak.

“ Mana ada susahnya. Tak ada hallah,”

“ Betul ni ? Oklah, ni kad saya. Saya pergi dulu. Terima kasih banyak-banyak,”

Tergesa-gesa Mia Adyla melangkah keluar. Menuju ke arah Perdana v6nya.


Add comment

Security code
Refresh

Shoutbox

Latest Message: 13 hours, 50 minutes ago
  • [ery aieril]: Jemput baca my karya pertama SARANGHAEYO OPPA... terima kasih semua,,, Razz
  • [Cefphella]: ca buy louis vuitton online qt buy louis vuitton online oh buy louis vuitton online op coach handbags outlet qi coach handbags outlet db coach handbags outlet jv cheap air maxes fe cheap air maxes uq cheap air maxes wv lv outlet store online il lv outlet store online mu lv outlet store online wd nfl jerseys from china qb nfl jerseys from china uv nfl jerseys from china df coach outlet factory online ll coach outlet factory online xg coach outlet factory online
  • [zee]: Hai.. mcm bez je ni?Smile
  • [guest_2677]: xtau nk bca cerpen ape. ad y best x
  • [izma qahier: hai admin , terima kasih di atas doa Smile
  • [admin]: selamat pagi Jumaat semua..semoga hari ni lebih baik dari sebelum ni ya..jangan lupa mengwar-warkan kepada semua ya! lots of love =D
  • [ery aieril]: korng semua jemput bca SARANGHAEYO OPPA,,, just search my name ERY AIERIL... Semoga terhibur, next year will be out in market, Very Happy
  • [ery aieril]: slmt pagi semua
  • [admin]: Hai Izma semoga berjaya ya...Zee..insyaAllah..ada rezeki tak kemana kan? =D
  • [Zee]: yezzaaa Arluna dh masuk sini! Arluna mmg terbaek le! cik Admn - arluna ni nak di cetak ke ?harap arluna di publish secepat nye. terbaek!

Guests are shown between [].

Smileys?
Very HappySmileWinkSadSurprisedShockedConfusedCoolLaughingMadRazzEmbarrassedCrying or Very SadEvil or Very MadTwisted EvilRolling EyesExclamationQuestionIdeaArrowNeutralMr. GreenGeekUber Geek

Newsletter